Bagi
ibu-ibu yang mementingkan penjagaan rapi semasa dalam pantang, amalan
bertungku amat penting terutama bagi memulihkan perjalanan darah serta
memecahkan darah yang beku di dalam badan. Tungku besi lebih tahan panas
berbanding tungku batu.


AMALAN BERTUNGKU
Amalan bertungku terutama selepas bersalin mempunyai banyak rahsia tersendiri antaranya:
1. Membantu aliran darah dengan sempurna terutama masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
2. Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
3. Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
4. Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
5. Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
6. Membantu membuang angin dalam badan.
7. Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
SOALAN LAZIM
Bolehkah bertungku jika bersalin secara pembedahan? -
Boleh. Bertungku tidak semestinya pada perut, jadi bertungkulah pada
bukan kawasan luka pembedahan seperti tepi pinggul, celah-celah peha
atau boleh letak tungku yang suam-suam pada kawasan punggung. Ini bagi
memastikan kelancaran darah dan mampu mengendurkan saraf-saraf yang
sakit.
Bilakah hari terbaik memulakan aktiviti bertungku selepas bersalin? Hari
keberapa untuk anda memulakan aktiviti bertungku adalah terpulang
kepada anda. Kebiasaan waktu terbaik bertungku adalah waktu pagi.


